Rumah tradisional terdapat di kawasan kampung atau luar bandar.Contohnya : rumah minangkabau, rumah panjang, rumah Melaka, rumah bagan dan rumah rakit.
Perkataan Minangkabau bermaksud menguji kekuatan antara kerbau.
- Sebutan Minangkabau biasanya terdapat di Negeri Sembilan.
- Reka bentuk bumbung Rumah Minangkabau melatik seperti tanduk kerbau.
- Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia.
- Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah.
- Orang Minangkabau membuat rumah mereka dengan mengekalkan reka bentuk rumah seperti reka bentuk rumah di Minangkabau.
Rumah Panjang
Rumah Panjang terdapat di Sarawak.
- Reka bentuk rumah ini biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan.
- Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
- Rumah panjang didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air banjir.
- Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melingungi rumah daripada diserang oleh musuh untuk masuk ke rumah itu.
- Seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat daripada batang kayu.
Rumah Melaka
Rekabentuk rumah tradisional Melaka dengan bumbung layar dan verandah
terbuka serta juga tangga batunya adalah merupakan warisan tradisi yang semakin
dihimpit oleh rekabentuk baru dan moden dengan bangunan batu.
Rumah bagan
Rumah bagan adalah rumah tradisional yang di bina di dalam air.Rumah
bagan dibina dengan menggunakan tiang yang tinggi.Ia amat sesuai untuk
nelayan yang mencari rezeki. Rumah Bagan banyak terdapat di Sabah.
Rumah Rakit
Rumah rakit adalah rumah yang di bina di atas air. Biasanya rumah ini
di bina di tepi sungai atau di tasik. Ia dihuni oleh orang kampung
yang menjadikan sungai atau tasik sebagai tempat mencari rezekinya.
Selain daripada itu, ia juga dijadikan sebagai tempat menyimpan sampan
dan alat-alat menangkap ikan.
Rumah Kelantan
Di Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali
sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12
tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang.
Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan
tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau
tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh
serambi.Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu
bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan
rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau
bersekat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar